Tuesday 26 November 2013

Bawal manik

Bawal manik
Sulaman di bahagian atas dan belakang tudung.
Berminat, just sms/ whatsapp/pm di fb Tudung Manik ADRZ
:)
 
 


Monday 18 November 2013

Jualan tudung bawal patch lace

Contest telah pun tamat.
Tahniah kepada Intan Sakina II selaku pemenang bertuah.
Hari ini saya buka jualan untuk tudung bawal patch lace yang masih ada.
Kepada yang berminat, boleh PM order ke fb Tudung Manik ADRZ/sms/whatsapp saya :)


free postage

Bawal patch lace
Code : BPL 01
Price : RM 25.00 

RM20 (clear stok)
 

Bawal patch lace
Code : BPL 02
Price : RM 25.00

RM20 (clear stok)
 

Bawal patch lace
Code : BPL 03
Price : RM 25.00
not available

Bawal patch lace
Code : BPL 04
Price : RM 25.00
SOLD

Bawal patch lace
Code : BPL 05
Price : RM 25.00
 SOLD

Sunday 10 November 2013

Contest Tudung Manik ADRZ bermula...

Siapa nak tudung free?

Sempena genap 1 tahun usia blog kami, kami dengan rendah hati nak beri tudung percuma kepada seorang pemenang yang bertuah. Caranya mudah saja. Ikut 3 step di bawah :-

1) Like page fb Tudung Manik ADRZ
2) Like and shar
e gambar di bawah di fb
3) PM nama penuh anda, no. telefon dan kod tudung yg anda suka ke fb Tudung Manik ADRZ

Penyertaan dibuka sehingga 17 Nov 2013 jam 10 malam. So ape tunggu lagi.....jgn malu jgn segan..... cepat like and share. Selamat mencuba!



 




 

Wednesday 6 November 2013

Jom sertai contest pada hujung minggu


Assalamualaikum .....

Saya rasa macam nak buat contest pada hujung minggu ni.
Ada tak yang nak joint?
Contest yang mudah dan tidak peningkan kepala :)
 so….. bagi yang berminat nak sertai,
 jangan lupa ye hujung minggu ni lihat update terkini dari saya :)

Tuesday 29 October 2013

Jualan selendang jojet patch lace

Assalamualaikum...
Bagi penggemar selendang jojet, di sini saya ada 3 helai selendang untuk dijual.
 Pastinya senang dipakai dan elok terletak kepada si pemakai.
Bagi yang berminat boleh sms/whatsapp/pm saya di fb https://www.facebook.com/TudungManikADRZ

 
Hijau lumut RM20 RM16 : KOD SPL 01 (clear stok+free postage-sold)
Purple RM20 : KOD SPL 02 (sold)
Biru RM30 : KOD SPL 03 (not available)
 
Harga tidak termasuk kos pos.
 
 


 
 
 
 
 
 

Saturday 26 October 2013

Selendang patch lace

Jeng! Jeng! 
Saya sudah ada patung display tudung :)
Saya tanya adik, lawak tak buat tudung setahun sekali, tapi gagah sampai beli patung ni :)
Dia kata tak lawak, tp msg dia reply ada  ini "hihih hihihi"
Saya kisah apa.....
Biarkan saya dengan semangat saya :)
Ni ada yang berkenan?
Boleh sms/whatsapp je :) 
atau PM je kat fb ek
:)



Selendang patch lace 


SPL 01, RM20 RM16 (clear stok) -sold



SPL 02, RM20 (sold)



SPL 03, RM30 (not available)




Wednesday 16 October 2013

Manik Crumble



Wah!..... Tajuk tak tahan. Uolls jangan marah ye.
 Just basic untuk manik crumble je ni..... :)

Wednesday 9 October 2013

Felt





Cubaan pertama menjahit felt di atas t-shirt anak-anak. Hmm ada minat baru nampak….. :)
Tak salahkan mencuba pelbagai perkara….. 
 Ape cerita baju hijau…..Tunggu ye sedikit waktu lagi…..
Melukis itu mudah tapi nak ‘menghidupkan’ imej itu selepas dijahit,  nampak kaku la pulak…..
Dua ekor biri-biri tinggal seekor je sebab si abang tanya kenapa pingu dia satu je ,adik punya dua? Ok ok mama jahit satu je la untuk adik hehehe….. Alamak….. perasan tak hidung dan mulut beeek tu takde? Hmm….. nanti-nanti la saya tambah :)

Wednesday 18 September 2013

Sulaman manik baju Angah

Assalamualaikum.....Salam sejahtera…..Tuan rumah datang menjengok… 

Nasib ko la blog, kalau rumah, dah berhabuk dah bersawang bagai.

Rindu pulak rasanya nak berkongsi hasil kerja tangan saya yang tak seberapa tu…
Kepada Angah, terima kasih kerana sudi saya jahitkan manik atas baju kurungnya.
Jom tengok…

Sunday 28 April 2013

Sulaman labuci sisik ikan




Tudung ni bukan tempahan baru. Tapi baru hari ni saya upload dalam blog ni.
Tudung ni ambil masa paling lama untuk saya siapkannya. 
Bermula dengan menyiapkan satu persatu daun-daunnya. 
Daun-daun yang siap nampak berselerak tanpa ranting, kelihatan seperti ulat-ulat baldu :)

Tempahan April


Peach milik Aida
Hijau ala tentera pun Aida punya





yang paling saya suka...siapa punyer  ye

Alhamdulillah.....Tiga dah pun siap.....Tinggal dua je lagi belum usik pun, last order la kot...dari Cikgu Limah. Lambat lagikan nak balik Semenanjung :)

Tuesday 23 April 2013

Pengumuman tempahan telah ditutup

Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini...Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa tempahan untuk sulaman manik telah ditutup...buat sementara waktu, in shaa Allah...
 
Untuk memiliki sesuatu adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu yang lain.
Biarpun ianya semakin mendapat tempat di hati, namun kita perlu sedar yang mana lebih utama dalam memberi erti kata yang lebih bahagia :)

Kepada mereka yang telah membuat tempahan dan masih belum terima, jangan bimbang, saya akan menyiapkannya dalam masa terdekat ini...
Terima kasih dari saya Azilamanik
:)

Sulaman manik untuk Auni dan Anis

Tudung Anis


Tudung Auni

Buat Auni dan Anis, moga menepati citarasa kalian :)

Tuesday 16 April 2013

Tempahan dari tokei KLB

Penjuru belakang tudung


Gambar penuh penjuru belakang tudung


Bahagian depan kiri dan kanan


Penjuru belakang tudung


Bahagian depan kiri dan kanan

Tak sempat nak susun elok-elok kelopak bunga tu :)
Kepada mereka yang berada di kawasan sekitar Kampar, moh menjamu selera dengan hidangan Kampar Lunch Box... anda pasti menjilat jari :)