Friday 21 December 2012

Bawal Kuntum Zulaikha


Bawal Kuntum Zulaikha
RM27.00 exclude postage
Kepada sesiapa yang berminat, sila emailkan pesanan anda kepada azilamanik@gmail.com atau hantarkan sms ke talian 017-3015375. 
Ada harga istimewa menanti untuk pembeli yang pertama!


 



Bawal Kuntum Zulaikha

RM27.00 exclude postage

Code: BKZ-01

Status: Sold






Bawal Kuntum Zulaikha

RM27.00 exclude postage

Code : BKZ-02

Status: Sold


 



Bawal Kuntum Zulaikha

RM27.00 exclude postage

Code : BKZ-03

Status: Sold






Bawal Kuntum Zulaikha

RM27.00 exclude postage

Code : BKZ-04

Status: Sold

Monday 10 December 2012

Projek Dec 2012


Saya dalam usaha menyiapkan satu projek.
Saya anggap ia satu projek kerana ianya memerlukan komitmen yang tinggi daripada saya selaku seorang yang bergelar isteri, mama dan wanita yang bekerja pejabat lima hari seminggu.
 Sungguh ianya sangat mencabar.
 Tetapi itu tidak saya jadikan alasan untuk saya hentikan apa yang telah saya mulakan.
Saya akan bawakan hasil projek itu kepada anda yang mengikuti blog ini.
Saya yakin ada insan di luar sana yang menyokong dan menghargai kewujudan saya di sini.
 Nantikan post yang seterusnya pada penghujung bulan ini…..
Insya Allah…..

Thursday 29 November 2012

Lagi tudung bawal bersulam manik


 Sulaman saya yang seterusnya di atas dua helai tudung bawal.
Selamat menatap!



Sulaman ke-3






Monday 19 November 2012

Tudung bawal bersulam manik



Ini sulaman ke-2 saya.
Disulam di atas sehelai tudung bawal.
Agak leceh kerana kainnya yang lembut.
Jadi kenalah lebih teliti.

Friday 16 November 2012

Sulaman manik bunga teratai



Saya budak baru belajar…..
Ops! Dah mak budak ye…..
Baju saya dan hasil sulaman saya yang pertama.

Wednesday 14 November 2012

Tips penjagaan baju bermanik


  1. Jika fabrik anda adalah ‘washable’, basuhlah pakai tangan. Jangan rendam lama-lama. Celup dan cuci pada bahagian yang kotor. Andai kotor di bahagian yang bermanik pula, jangan tonyoh kuat sangat. Tonyohan yang kuat dan rendaman yang lama bimbang akan merosakkan sulaman dan warna manik anda. Bagi baju yang material tak boleh basuh tu, kenalah hantar dobi untuk dryclean.
  2. Semasa merendam pakaian gunakan liquid detergent instead of serbuk kerana ia lebih lembut berbanding yang serbuk.
  3. Perah pakaian secara lembut dan elakkan memerah di kawasan bermanik.
  4. Jemur baju di tempat yang teduh secara terbalik.
  5. Seeloknya gosok pakaian yang bermanik secara terbalik pada suhu panas yang sederhana.
  6. Jangan sembur perfume atas bahagian bermanik.
.....Insya Allah bertahan lamalah pakaian bermanik anda.....