Sunday 28 April 2013

Sulaman labuci sisik ikan




Tudung ni bukan tempahan baru. Tapi baru hari ni saya upload dalam blog ni.
Tudung ni ambil masa paling lama untuk saya siapkannya. 
Bermula dengan menyiapkan satu persatu daun-daunnya. 
Daun-daun yang siap nampak berselerak tanpa ranting, kelihatan seperti ulat-ulat baldu :)

Tempahan April


Peach milik Aida
Hijau ala tentera pun Aida punya





yang paling saya suka...siapa punyer  ye

Alhamdulillah.....Tiga dah pun siap.....Tinggal dua je lagi belum usik pun, last order la kot...dari Cikgu Limah. Lambat lagikan nak balik Semenanjung :)

Tuesday 23 April 2013

Pengumuman tempahan telah ditutup

Terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini...Hari ini saya ingin mengumumkan bahawa tempahan untuk sulaman manik telah ditutup...buat sementara waktu, in shaa Allah...
 
Untuk memiliki sesuatu adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu yang lain.
Biarpun ianya semakin mendapat tempat di hati, namun kita perlu sedar yang mana lebih utama dalam memberi erti kata yang lebih bahagia :)

Kepada mereka yang telah membuat tempahan dan masih belum terima, jangan bimbang, saya akan menyiapkannya dalam masa terdekat ini...
Terima kasih dari saya Azilamanik
:)

Sulaman manik untuk Auni dan Anis

Tudung Anis


Tudung Auni

Buat Auni dan Anis, moga menepati citarasa kalian :)

Tuesday 16 April 2013

Tempahan dari tokei KLB

Penjuru belakang tudung


Gambar penuh penjuru belakang tudung


Bahagian depan kiri dan kanan


Penjuru belakang tudung


Bahagian depan kiri dan kanan

Tak sempat nak susun elok-elok kelopak bunga tu :)
Kepada mereka yang berada di kawasan sekitar Kampar, moh menjamu selera dengan hidangan Kampar Lunch Box... anda pasti menjilat jari :)

Monday 1 April 2013

Selendang bersulam manik

 Seperti yang dijanjikan.....inilah si pemilik selendang itu..... :)