Thursday 29 November 2012

Lagi tudung bawal bersulam manik


 Sulaman saya yang seterusnya di atas dua helai tudung bawal.
Selamat menatap!



Sulaman ke-3






Monday 19 November 2012

Tudung bawal bersulam manik



Ini sulaman ke-2 saya.
Disulam di atas sehelai tudung bawal.
Agak leceh kerana kainnya yang lembut.
Jadi kenalah lebih teliti.

Friday 16 November 2012

Sulaman manik bunga teratai



Saya budak baru belajar…..
Ops! Dah mak budak ye…..
Baju saya dan hasil sulaman saya yang pertama.

Wednesday 14 November 2012

Tips penjagaan baju bermanik


  1. Jika fabrik anda adalah ‘washable’, basuhlah pakai tangan. Jangan rendam lama-lama. Celup dan cuci pada bahagian yang kotor. Andai kotor di bahagian yang bermanik pula, jangan tonyoh kuat sangat. Tonyohan yang kuat dan rendaman yang lama bimbang akan merosakkan sulaman dan warna manik anda. Bagi baju yang material tak boleh basuh tu, kenalah hantar dobi untuk dryclean.
  2. Semasa merendam pakaian gunakan liquid detergent instead of serbuk kerana ia lebih lembut berbanding yang serbuk.
  3. Perah pakaian secara lembut dan elakkan memerah di kawasan bermanik.
  4. Jemur baju di tempat yang teduh secara terbalik.
  5. Seeloknya gosok pakaian yang bermanik secara terbalik pada suhu panas yang sederhana.
  6. Jangan sembur perfume atas bahagian bermanik.
.....Insya Allah bertahan lamalah pakaian bermanik anda.....