Wednesday 14 November 2012

Tips penjagaan baju bermanik


  1. Jika fabrik anda adalah ‘washable’, basuhlah pakai tangan. Jangan rendam lama-lama. Celup dan cuci pada bahagian yang kotor. Andai kotor di bahagian yang bermanik pula, jangan tonyoh kuat sangat. Tonyohan yang kuat dan rendaman yang lama bimbang akan merosakkan sulaman dan warna manik anda. Bagi baju yang material tak boleh basuh tu, kenalah hantar dobi untuk dryclean.
  2. Semasa merendam pakaian gunakan liquid detergent instead of serbuk kerana ia lebih lembut berbanding yang serbuk.
  3. Perah pakaian secara lembut dan elakkan memerah di kawasan bermanik.
  4. Jemur baju di tempat yang teduh secara terbalik.
  5. Seeloknya gosok pakaian yang bermanik secara terbalik pada suhu panas yang sederhana.
  6. Jangan sembur perfume atas bahagian bermanik.
.....Insya Allah bertahan lamalah pakaian bermanik anda.....

No comments: